sudah lame aku tak hapdet blog.. ini adalah kerana aku busy dengan kes mahkamah, dan preparation untuk dua show yang akan datang.. pasal show tu takyahlah aku pepoyo citer kat sini...hahahhaa.. macam good2 je! pasal mahkamah tu on the first day peguam aku, Dato Sallehuddin Saidin dapat membuktikan pada mahkamah menurut akta 6 (4) BAFIA bahawa kami tak perlu lesen dan tergolong dalam akta PENGECUALIAN sebab kami trading company.. yang perlu lesen like bank, money changer, leasing, insurans atau etc.. tambah2 pulak, semua saksi bnm kata tak ada penipuan sebab tak pernah tak terima bayaran sehinggalah bnm raid dan ade yang siap dapat untung lagi.. takpe, papabear kata tak perlu la aku explain sini atau pada sesiapa pun.. biarlah Allah tentukan, mahkamah atau hakim penyampai kepada bantuan Allah..sebab 1) kebenaran takkan dapat dibuktikan di dunia.. sebab 2) nawaitu bapak aku nak menipu atau nak membantu melayu hanya Allah swt yang tahu.. sebab 3) senang itu ujian..susah itu ujian juge...
Imam Ghazali ;
KALAU KAMU CINTAKAN BUNGA, BUNGA PASTI AKAN LAYU..
KALAU KAMU CINTAKAN HARTA, HARTA PASTI AKAN MUSNAH..
KALAU KAMU CINTAKAN MANUSIA, MANUSIA PASTI AKAN MATI..
KALAU KAMU CINTAKAN ALLAH, CINTA PASTI AKAN KEKAL...
tiba2 aku nangis (dalam hati).. nak aku pass tisu kat hati untuk lap air mata tak dapat.. xpe, aku minum air banyak2 je semoga air mata hati dapat keluar melalui kencing.... hahahhaaa... sudahlah! tukar tajuk!
mengikut link itu, topic kedua aku ada kata umah aku ada hantu..
aku citer topic tu dulu la yeh! Semuanya bermula semenjak papabear membeli loceng antik waktu dia kursus kat india.. mungkin accidently saje benda tu atau memang syaitan tu datang bersama loceng tu? Wallahualam.. ni gambo loceng tu ;
aku tak tau ape yang ade dalam pemikiran papabear time beli loceng ni! entah kat sana tu sami die pakai semayang ke ape kan.. puja ke kan.. yang aku bengang die siap bunyik kan loceng tu pastu jerit panggil aku KHADAM KHADAM!!! nak je aku lempang muke die sampai hidung die beralih ke dahi.
Ok lah.. gangguan mula2 sekali yang aku terima ialah
1) satu malam yang hening, aku ttdo dalam bilik purple ni (sape tak tau bilik purple tu, ye kan aje lah!) pastu aku terjaga tengok jam pukul...erk? pukul bape entah! 1 sampai 3 pagi camtu la..tak ingat pulak! aku terjaga pastu aku dengar bunyi tv kuat je.. aku gi luar tengok si papabear tertdo depan tv.. aku gerak die.."PA, bangun pa...tdo dalam bilik..." die terjaga la then kata ok. bile die kata ok je aku masuk bilik purple balik nak tutup lampu, kemas buku sume la kan then akan menyusul ke bilik kami..so aku boleh dengar laki aku tutup tv dan berjalan masuk master bedroom. aku terus TERDUDUK atas katil single bilik purple tu! sebab (chet, taip pon bulu roma aku dah naik) dari papabear bangun dari kerusi, tutup tv sampai la jalan msuk bilik tdo kami, obviously sounds like die pakai gelang kaki. pergerakan kaki die tu seolah2 die pakai gelang kaki. automatis nye bulu roma aku berdiri, perut jadi kecut tengkuk jadi kembang.. aku pelik, die tak dengar ke? pastu aku terus baring dalam bilik tu tutup mata sebab loceng kaki tu berjalan keluar dari bilik tdo kami pergi ke hall dan jalan mundar mandir.. "CHING CHING CHING CHING" memang dengar sat jauh sat dekat macam orang tengah berjalan tu.. aku da sangat kecut perut tapi sebagai Islam, aku tk boleh tunduk dengan syaitan.. aku berani kan diri.. TERUS BANGUN LAJU2 JENGAH KELUAR DARI BILIK PURPLE TU JERIT WEI SETAN BODOH! surprisingly, sape pon takde, keadaan senyap sunyi, bunyi loceng lansung senyap! kalau nak kata benda lain yang bunyi, the moment aku jengah tu mesti benda tu masih berbunyi kan?
2) lepas tu, pada satu hari yang hening, untuk pengetahuan korang, aku buat lampu rumah aku ni satu suis sampai 6 lampu. meh aku bagi gambaran..bawah ni gambo umah aku waktu renovate dulu..jadi kalau aku pasang lampu waktu siang pun, aku akan sedar bahawa lampu2 tersebut terpasang.
Jadi, setiap petang je dalam satu ketika tu, asal aku balik kerja je SEMUA LAMPU DENGAN kipas terpasang. tak cukup dekat hall, kipas dalam bilik hijau tu pon terpasang. aku bergado-gado dengan papabear die kata mungkin aku terlupa tutup. aku plak kata tak mungkin aku tak sedar lampu sume TERPASANG sebelum aku kuar rumah. FYI, papabear ni otak science sikit.. hantu syaitan ni bagi die NO SUCH THING..ok takpe, aku tak kisah..
2) setiap kali papabear takde msia, aku akan tdo umah mama.. tapi siang aku akan balik rumah aku dengan mama.. macam biasa la kan, dah aku tau yang aku akan tdo umah mama, takkan la aku tak check karen electric sume kan. aku sampai2 je siang tu, keadaan umah macam biasa, kecuali guest room yang kaler hijau tu.. aku tengok pintu da terbukak luas, kipas terpasang, the best part is, katil (queen size) telah digunakan sebelah saje.. faham tak? maksudnye katil queen tu, sebelah elok macam biasa kemas, sebelah lagi dengan comforter sume kucar kacir! the moment aku masuk bilik tu nak tutup balik kipas, bulu roma tengkuk aku terus kembang.. orang2 tua kata, kalau benda tu ada, bulu roma kita akan naik. entah la ye atau tak.
3)satu hari tu aku klua date dengan papabear, habis tengok wayang petang tu makan terus la konon sebab dah pukul 6 lebih. tapi malam tu dalam pukul 9 tibe2 rasa lapar balik. papabear cakap die pon lapar.. so kami call pizza ke mcD entah..tak engat aku! waktu tu untuk pengetahuan korang, floor rumah aku ni, hanya rumah aku sorang yang dah shifted in..so sementara tggu makanan tu, aku tengok tv kat hall, papabear dalam bilik purple check email.. satgi die tiba2 kluar bilik tengok aku senyum2 macam kerang.. aku ape lagi "KO NI DAH KENAPA?" die senyum kata "Ma main loceng yeaaaaaaahhhhhhhh???" aku tanya "LOCENG APE?I TENGAH TENGOK TV NIH!" muke die terus berubah and said, "I DENGAR MACAM LOCENG KAKI TU YANG..MA MAIN KUNCI YEAAAAAAAAAAAHHH??" die tak puas hati, aku cakap takde jugak. kami sama2 pi intai kat pintu entah2 fast food da sampai..? intai2 takde!
4) aku tak ingat aku argue dengan papabear pasal ape entah. rasanye sebab nak klua makan kot die tak mandi2 lagi.. aku bising la, suruh mandi cepat sume.. so aku klua bilik nak pegi amek penyapu nak sapu umah. lalu je depan bilik purple tu ada orang shooh kan aku kuat2.. SHHHHH!!!!! macam nak suh aku diam! aku terus pandang blakang, tengok takde orang, pegi masuk bilik aku entah2 papabear nak takutkan aku kan, tapi die da masuk dalam bilik air, tengah mandi. so sape tu?????
tu je lah antara citer yang berlaku..aku da penat nak taip! dan beberapa la peristiwa lain contoh seperti mak mentua aku ada sapu umah, aku kerja tapi papabear cuti.. pastu papabear bawak die lunch kat luar.. balik lunch tu mak terus kol aku..conversation lebih kurang camni "YIN, TADI MAK DAH SAPU HABIS DAH DAPUR NI KAN, MAK BALIK JE TENGOK KAT PINTU MASUK SAMPAI DAPUR NI BANYAK SRBUK KACA SEPAH2.. MAK CARI LA KOT ADA CAWAN PECAH KE.. TAKDE PULAK..TAPI NI MACAM DITUMBUK-TUMBUK..HALUS.. MAK DA SAPU TAPI MAK TAK BUANG, ADA LAGI DALAM PENYEDUK, NANTI YIN BALIK YIN TENGOK TAU."
inilah rupa serbuk yang mak cakap tu,
ok lah u olls.. sampai situ sajelah..hari ni hari ahad merupakan hari aku vacuum umah, mop umah, tukar cadar katil dan lunch umah mama! hahahaa..
Till Then,!