background

.:mamayin papabear:.

.:mamayin papabear:.

.:mamayinpapabear:.

.:mamayinpapabear:.
~forever love~

Friday, May 14, 2010

~~~genap 5 hari~~~

aku dah simpan entry ni kat draft dari rabu lagi...sebab excited!! amek counter ni pon dari page sha.. so genap lima hari aku ada counter, and it has exceeded to 254. memang plan nak update malam ni pukul 8.15pm menandakan tepat 120 jam ada counter..

tapi rasanya tak dapek la sebab ada rehearsal malam ni utk gig show - hari belia - putrajaya ahad ni. Insylah, hope everythings gonna be ok. so update sesiap...

baru balik lunch dengan shida shit dan sha ass.. kalo da upload gambo yang dua keping tu jangan lupa la email kat aku, nnt aku edit sini. :)

perkara hari ini ;

1) tukar bunga hantaran kat kedai cina (paksa die pasang glue gun tanpa charge)
2) kakak baju kurung hitam kat counter yang menghalang jalan
3) pakcik taxi yang nak kepit kaki kawan die sndiri dengan pintu
4) baju melayu biru, kain hijau, selipar kuning
5) pasal anak... (tengah2 citer tu la yang nampak abang hensem warna warni tu)

teringat pulak aku semalam....

semalam kat semanis kurma (cerita fav. aku dan papabear) ada topic pasal anak..
ustazah bahyah kata, "pasangan yang tidak mempunyai anak bukan kerana anda mandul ye, tetapi kerana anak itu tidak memberi manfaat kepada ibu bapanya, kan ling? (die panggil suami die Ustaz tu LING] contohnya degil, derhaka, betul kan ling?"

dan aku pulak yang BETUL USTAZAH!!!

SEBAB KAMI DA AMEK TEST PON TAHUN 2009,doctor Suhaimi, pantai ampang yang conduct the test sebab die pernah operate cyst aku pada 2008.. resultnya = papabear ok dan aku hormon ovari aku lebih daripada SUBUR.. katanya kalau subur, peratusan GnRH minimum 20/100.. tapi result aku 72/100.. Alhamdullh lebih dari subur katanya.. so kami suami isteri decided to just wait for riqki from Allah.. rasanya orang yang faham agama sahaja yang faham konsep ni.. ok, aku tak pakai tudung.. tapi adakah batasan untuk orang tak bertudung untuk suka atau memahami topic agama atau subject agama? aku suka IkIM fm, tanyalah ustaz, buku2 Harun Yahya, cerita semanis kurma, ustaz zamri bercerita etc.. poyo kan? entah, tapi mungkin sebab aku sendiri sekolah agama.... aku bukak tudung aku... entah.. aku berdosa dan malu pada Allah kenapa aku bukak tudung ya? Allah selalu 'di situ' bila aku perlukan dia...dan di mana aku bila Allah menyuruh aku 'buat sesuatu' untuk dia?

Maaf Allah... Maaf Allah.. Maaf Allah..

Allah menerima taubat siapa sahaja...

and again... doa aku pada hari ini,

semoga aku bertudung semula...


taken from one site:

KETURUNAN Nabi Sulaiman ialah Nabi Zakaria, seorang yang cukup berpengetahuan di kalangan Bani Israel dan beliau mempunyai isteri bernama Isya.

Isterinya bersaudara dengan Hannah, yang bersuamikan Imran. Hannah terlalu berkeinginan mendapatkan anak, sehingga bernazar: “Jika Allah mengurniakan anak, maka anakku itu akan aku serahkan ke rumah suci-Mu Baitulmaqdis.”

Doa Hannah diterima Allah, tetapi suaminya meninggal dunia sebelum melihat anaknya, Maryam dilahirkan. Apabila melahirkan Maryam, Hannah meletakkannya di Baitulmaqdis, sesuai dengan nazarnya terhadap Allah sebelum ini.

Firman Allah yang bermaksud: “Maka Tuhannya menerima ia sebagai nazar dengan penerimaan yang baik dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakaria pemeliharanya.

Setiap kali Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakaria bertanya; wahai Maryam dari mana kamu dapat makanan ini? Maryam menjawab; makanan itu dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.”

Demikian kuasa Allah yang ditunjukkan kepada Maryam. Nabi Zakaria sendiri tidak mempunyai anak, kerana isterinya mandul. Namun, sampai usianya 100 tahun, masih berhajat mendapatkan anak, lalu beliau memanjatkan pengharapan kepada Allah.

Diceritakan dalam al-Quran: “Ia berkata, wahai Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau wahai Tuhanku.

Sesungguhnya aku khuatir terhadap orang yang akan menggantikan sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul. Kerana itu anugerahkanlah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia wahai Tuhanku, seorang yang diredhai.”

Doa Nabi Zakaria diterima Allah dan beliau dijanjikan dengan kelahiran seorang anak, bernama Yahya, melalui isterinya yang sudah tua itu.

sedangkan Nabi Zakaria di uji.................inikan pulak aku? Alhamdulillah syukur atas segala ujian Allah... Surah Al-Baqarah ada mentioned "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya................"

Till Then,

1 comment:

Scha406 said...

yin, aku da email pic kite td!